ainah MARHAINni

Assalamualaikum,

Wah, InsyaAllah insan yang sedang menulis berada dalam nafas baru selepas bertubi-tubi ditegur dan ditarik oleh Allah.

Bercakap tentang nafas baru, Alhamdulilah sangat Allah mengizinkan ana untuk menyambut kedatangan akhawat dari KL, MCB, dan Perlis ke tanah JB ni. Walaupun zahirnya, kebanyakkan mereka mungkinlah adik-adik dari MCB, tapi bak kata seorang akhwat, mereka datang bukanlah sebagai adik tetapi sebagai akhawat. Walaupun ini jaulah mereka, banyak betul yang kami (warga KBU) belajar dari jaulah ni. Sebagai insan yang baru bertatih dengan waqi' baru ni, ana memang merasakan betapa lembap dan lembiknya pergerakan dnt ana di sini. Tatkala rakan seperjuangan ana sedang berlari kencang, ana masih lagi terpinga-pinga dengan pegangan dan prinsip ana.

Sepanjang jaulah ni, ana asyik tertanya-tanya, adakah ana mampu untuk memikul beban dnt? Adakah ana mampu memperoleh ruang di mahligai Allah di akhirat kelak? Sepanjang berada di jalan ni, walaupun masih banyak kekurangan ana, tapi banyak jugak yang ana peroleh di jalan ni. Tapi bak kata naqibah ana, "takut-takut, banyak isi dalam diri kita, kalau tak dialirkan, ia akan menjadi statik". Air yang statik, macam air kat longkang yang tersumbat, banyak jer air yang ditakung, tapi tak dialirkan. Pastu mula lah bau busuk. Macam diri kita, takut-takut, banyak ilmu di dada, ia bukan lagi untuk membantu agama Allah tetapi mula muncul perasaan riak, budget bagus dan segala adjektif yang sinonim untuk perasaan tak sedar diri. Mulalah hati kita dititip dengan dakwat hitam. Nauzubillah.

Sebuah TEKO tak akan mengeluarkan apa yang bukan menjadi isinya.

Bila hati dah gelap, dah penuh dakwat hitam, tak der aper yang dapat kita sampaikan kepada mad'u kita selain ilmu semata-mata dan tak der rohnya.

Bila difikirkan balik dan bertambah tolak dengan keadaan ana ni, ana rasa macam ana pulak insan yang dicakapkan ni. Ana merasakan, "lebih baik aku duduk diam-diam kat umah, banyakkan ibadah. Dah tu, kalau pergi program, nanti banyak pulak pengisian. Dah la skarang ni tak der adik-adik usrah. Kat siapa la aku nak muntahkan segala yang aku dapat ni? Syaitan pulak takkan pernah duduk diam. Aku pun bukanlah kuat sangat, kalau sekali syaitan jentik mungkin boleh bg flying kick satu. Tapi kalau selalu sangat dibisikkan, ada can aku ikut jugak langkah syaitan durjana ni. so canner nie?? nak duduk umah ker nak teruskan??"

Ana jadik sangat risau dengan dnt ana sendiri. Adakah cukup layak untuk aku memikul beban dakwah nie?? Lalu Allah menjawab dengan ayat Yasin, 36:1-6 - ini berlaku semalam. Pelik tak? kita bacer surah ni mungkin dari seawal darjah 6 (since kita nak UPSR, ada la kat skola buat Yasin setiap minggu) tapi kita tak pernah perasaan ayat ni - ok, at least untuk ana.


Yaa, Siin. [2] Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, [3] Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, [4] Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam). [5] Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, [6] Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
Kat sini macam Allah nak cakap, "Ainah, ko ni dah ada kat jalan yang lurus dah. Kerja ko skarang, tu,, pergi bagi peringatan sebab memang ada antara kaummu tue, yang lalai sebab tak diberikan peringatan." dan Allah memang acknowledge yang memang ada diantara hambanya yang lalai dan perlu dikejutkan. Dan untuk ana plak, jangan ragu!! Ko ni, tsabatlah di jalan yang lurus ni dan teruskan la kerjamu.

InsyaAllah sampai sini je la kot, ana ni sedang mengejar masa ni.. huhu.. so kalau ada typo ker, ana tak sempat nak check balik.. woot woot.. so insyaAllah,

Wahai hati, tsabat la dijalan Allah. Mungkin dalam dirimu masih ada lagi karat-karat jahiliah dan masih banyak ruang untuk diperbaiki. Tetapi demi Tuhanmu, percayalah, janji Allah itu pasti. 

Untuk adik-adik *\(^_^)/*

Assalamualaikum adik-adik yang ana sayang insyaAllah kerana Allah,



Alhamdulilah, Allah menemukan kita walaupun untuk satu jangka masa yang pendek di salah satu taman JannahNya, tapi InsyaAllah ada ibrahnya yang Allah nak tunjukkan kat semua orang yang hadir. Jujurnya, sangat gembira jumpa adik-adik. Mungkin dulu, bila kakak-kakak berjumpa dengan antuna, kami hanya menceritakan tentang Allah, hebatnya Islam dan sayangnya Rasulullah pada kita tapi bila jumpa sekali lagi, kita dah berada dekat satu medan baru iaitu medan dakwah dan tarbiyah. Betul tak?

Melihatkan keadaan adik-adik yang mula penat ditengah-tengah arus dakwah dan tarbiyah ditambah dengan dead-lines dan exam yg semakin dekat. Akak rasa terpanggil untuk menulis entry ni. (haha,, promote blog la pulak..) InsyaAllah bila adik-adik penat, kami pun teringat balik rasa penat semasa kami berada di tempat antuna. Kami pun terasa penatnya. Tapi kalau semua penat, siapa yang nak bawak dakwah kita? Bersyukurlah sebab Allah bagi kita kerja. Bersyukurlah sebab antara banyak-banyak hamba Dia, Allah nampak kita untuk buat kerja. Bila fikir balik, banyak jer hamba Allah yang lain, betul tak? Kenapa kita? Akak pernah sampaikan kata-kata ni InsyaAllah kepada beberapa orang dari antuna,

"Allah memilih kita untuk memberikan kelebihan tapi bukan sebab kita mempunyai kelebihan."

Oleh itu, bila kita rasa penat, patut kita buat kuat lagi. (Ya Allah, beratnya untuk aku menulis kata-kata ni) Allah tengah bagi peluang dekat kita untuk rebut ruang di syurga. Bila fikir balik, bayangkan Allah tue macam cikgu la kan, antara banyak-banyak student, Dia pilih kita. Selalunya, cikgu akan pilih student untuk diberi tugasan kepada student yang dia rasa bertanggungjawab, amanah, dan baik di mata dia. betul tak? jadi, fikir-fikirkan lah. InsyaAllah.

Kita semua tengah buat kerja sama-sama

Skarang nie persoalannya, adakah kita dah bersedia untuk meninggalkan adik-adik kita untuk meneruskan dakwah dan tarbiyah di tempat kita? Kolej yang kononnya lubuk dakwah yang sering digah-gahkan di daurah daurah atau adakah ia akan berakhir kat tangan kita?

InsyaAllah, mungkin kita jauh, tp hati kita dekat sebab cita-cita kita sama. Ingatlah balik, masa awal-awal kita mengenal Allah, SERONOK kan?? Ingat lagi tak kali pertama kita duduk dalam bulatan kecil kita dan mencari ayat-ayat feveret dari al Quran? Ingat tak cerita sahabat pertama yang menyentuh hati antuna? Ingat tak kata-kata yang menyebabkan antuna masih lagi kuat di atas jalan ni? Ingat tak hadith pertama yang ditadabbur? Sebelum ni, kita tak peduli pun pasal hadith, yang kita ikut hanyalah sunnah makan guna tangan kanan, masuk tempat yang baik kena guna kaki kanan, sedangkan banyak jer hadith dan sunnah yang lain. Betul tak?

Sebab tue kita buat kerja dakwah ni sbb kita nak semua orang kenal Allah dan kekasihNya, Muhammad SAW. Nak semua orang rasa aper yang kita rasa. Sebab tue kita berdakwah. Takkan kita nak simpan Allah dan Islam untuk diri kita jer? Kita nak bagi semua orang rasa,, betul tak? Yang penting, bukan antuna jer buat kerja ni, tapi ramai lagi saudara-saudara kita yang sedang buat kerja yang sama di seluruh pelusuk dunia. InsyaAllah.

Wawasan kita - Ustaziyatul Alam
Mungkin diri akak pun banyak kekurangan dan banyak lagi perlu diorientasikan, tapi InsyaAllah, segala yang akak tulis datang dari hati akak diilhamkan dari Allah untuk antuna di bumi Kolej Makan Banyak. InsyaAllah hamba yang menulis ni masih banyak khilafnya.

InsyaAllah, setakat ni jer yang akak mampu menulis untuk adik-adik. Ukhuwah fillah ya ukhti.

the DARK age

Assalamualaikum,

By now, the story about our once-upon-a-time pride has made into many headlines, at least for the facebook status, I guess. Plus, her mother also made the headlines by standing up for her daughter. I just want to express myself here, since I think it's kinda lame to express myself in facebook. LOL. First of all, I do think that I do not own the right to bash her. Secondly is, don't hate her, just hate things she done that go against Allah.
As for our once-upon-a-time pride, I think you are very great, you did very well in study, you prove that you are 'something', you are extraordinary. To excel throughout life, it ain't simple. Well done for bringing Malaysia's name one step forward. But I have one great curiosity. I just would like to know your view on life. Can you please let me at least understand a piece of you. I believe, there is something great inside you brain. ROFL. Why am I talking like some kind of psychotic? Anyhow, I do mean what I said. Huhu, Well Miss A, may you success in both dunya and akhirat. May we meet in Jannah even if you did not know me now, I will humbly introduce myself to you since I do somehow admire your intelligence. I believe Allah prepare and give only the best for each and everyone of us. Surely, there is something great about you. [I can't deny that I do hope she somehow read this.. haha]
I would say that I witnessed a lot of thing in this life and the more I indulge into the world, the more enticing the world is. Anyone second me? Well, I don't mind if there's none >:P .. woot woot. I saw my past reflection on some people. Sometimes, I even saw my previous self in them. I would say that human is the most unique creature Allah created. 

Where is Islam in me?

There are so much thing that I can learn from others. Now, the exactly same world I used to see is no longer the same. Alhamdulilah. Well, I can say that human is the best thing that Allah give me to learn from. Life, experiences, from the very beginning of life towards the end, there are so many thing that I wanted to understand, there are so many thing I wanted to discover. If possible, I want to go into people's head and see what they see. Isn't it tremendously thrilling? I like to indulge into people, analyse them, understand each and every words and things they do. 

Well, I think I write so much already, hehe,, I just want to leave you with something that I quoted from Solusi, 38th issue

~~~~~~

Masa Silam yang Kelam

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Manusia mana yang tidak pernah berdosa? Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih berseri tanpa noda dosa.

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Ilahi. Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah. Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara. Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al Quran dan hadis. 

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kita mampu lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa menuju ke hadapan. Moga dengan itu, kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.
After dark, Allah gives us day
Dark Age

Which land without rain? Who never sinned? No matter how dark was the past, we still have time to make today and the future bright without stain of sin. 

If yesterday diary implicated black vice, make sure that today's rise is to beg and to seek forgiveness from God. If once mired in sin was sweet and happy, turned back. Make sin is bitter and suffering. If the times of ignorance, the mind felt empty from knowledge and guidance to distinguish between good and wrong. Today, build steps closer towards the message of revelation, al Quran and Hadith.

May we bleach and clear those darkness, stained of sins over time. Let crawl, or even toddle as long as the steps to Divine is always going forward. Hope so, we are selected into heaven to enjoy eternal happiness.

insyaAllah


footnote: I don't know why I became so cheesy lately, huhu. I mean those weird sentences. 

MARAH!!

"Aku marah ni!!!"

"Salah orang la bai kalau nak carik pasal ngan aku! Dah puas hidup?"

Chop, kejap, sabar, pause. Fuh, hari ni Tanyalah Ustaz (ala, yang kat TV9 tu) cakap tentang konflik remaja. Seperti nama rancangannyer, pastila ada sesi bersoal jawab. Tapi ada satu soalan dari penonton studio dan jawapan yang ustaz bagi memang membuatkan aku rasa macam kena penampar baik punyer. 

"Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring."(hadis riwayat Muslim).
Dalam hadith yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud;
"Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk."(hadis Riwayat Abi Daud).
Mungkin kita dah biasa dengar dua hadith nie, sama ada secara formal kat dalam kelas atau secara tidak formal. Pokoknya, kita pernah tau atau memang faham hadith ni.  Kalau tak jugak, tahniah, sekarang anda dah tau. 

MARAH

Selalunya la kan, kalau kita marah tu, terutamanya orang yang menulis nie, kalau boleh memang nak semua orang tahu tak pun orang yang buat aku marah tue tau yang aku memang marah. Sama ada dengan perbuatan fizikal ie, tampar orang tu, atau pun benda paling mudah, raut muka kita. Kalau marah tu, kadang-kadang satu hari muka masam mengalahkan mempelam muda. 

Ikut hadith?

Tapi kalau ikutkan hadith kat atas, duduk bukanlah semata-mata duduk. Namun, duduk dan beristighfar. Selepas beristighfar, gunakan iman kita untuk menimbang sama ada perbuatan kita itu perbuatan ahli syurga atau perbuatan ahli neraka? Pahala atau dosa? Halal atau haram? Seterusnya, kalau kita rasakan perbuatan itu in between, kita pergi ke langkah ketiga, imaginasi! Apakah kesan yang akan terjadi kalau kita terus marah? Apa manfaat dan apa pulak kesan negatif ia kepada kita, orang tu dan segala yang terlibat. Kalau perasan, aku menekan 'dan'. Sebabnya, kita kena mengambil kira semua tu. Bukan sekadar ambil yang kita suka dan tolak tepi perkara yang kita tak nak. 

Syurga atau neraka?

Tapi jujurnya, aku sangat terkesan dengan, "perbuatan ahli syurga atau ahli neraka?" Banyak benda yang aku buat tanpa mengira ia perbuatan ahli neraka atau ahli syurga. Banyak perkara yang aku tak terfikir pun. Banyak sangat perkataan, perbuatan dan pemikiran aku yang tak berlandaskan iman, tak menggunakan pahala atau dosa sebagai penyukat. Ya, memang pahala dan dosa tak boleh di kira, tapi ada situasi yang kita sendiri boleh fikir, pahala atau dosa, syurga atau neraka. Iaitu, sama ada ia suruhan atau larangan Allah. Dalam Tanyalah Ustaz tu, Ustaz simpulkan,

"Orang yang marah ini tidak mempunyai ketaqwaan dan kekuatan mengawal diri."

Mula-mula, susah untuk aku terima. Bukan sebab aku menentang pendapat tu, tapi aku sangat setuju dengan ustaz tu.  Susah untuk aku terima sebab itu adalah realiti diri aku. Hamba Allah yang tidak mempunyai ketaqwaan dan kekuatan mengawal diri. Susah? Sebab aku sedih dengan kekuatan diri aku sendiri. Sedih? Aku tak sanggup nak masuk neraka. Neraka? Tanpa taqwa, tanpa kekuatan mengawal nafsu, akan ada terselitnya dosa, dan setiap dosa itu akan mendapat balasannya di akhirat kelak.

Kenapa tidak mempunyai ketaqwaan dan kekuatan mengawal diri?

Mudah. Taqwa ialah takut untuk melakukan larangan Allah dan berhati-hati dalam setiap perkara. Kekuatan mengawal diri. Nafsu. Sebab untuk marah dan tidak marah, terletak kat tangan kita, sama ada untuk mengikut kata nafsu atau iman.

Penutup

Perkara ni bukan boleh diaplikasikan untuk marah jer, tapi banyak lagi. Tapi untuk kali ni, aku memang tengah marah. Marah dan sangat benci dengan seorang hamba Allah ni. Aku lupa yang realitinya, aku tak patut marah sebab manusia tu pun Allah yang jadikan medium untuk betulkan orientasi aku. Kenapa aku bersungguh-sungguh sangat untuk kawal marah aku sebelum ni? Kenapa sebelum ni aku boleh tahan marah aku, tapi kenapa tak kali ni? Aku banyak sedapkan hati dengan cakap, 'Banyak yang aku dah cuba tahan'  tapi sebenarnya aku lupa satu perkara yang penting. Semua tu dari Allah dan semuanya kena lakukan untuk Allah.

p/s: kalau korang pun ada mengalami benda ni, jom kita USAHA sama-sama!! ;)