MARAH!!

"Aku marah ni!!!"

"Salah orang la bai kalau nak carik pasal ngan aku! Dah puas hidup?"

Chop, kejap, sabar, pause. Fuh, hari ni Tanyalah Ustaz (ala, yang kat TV9 tu) cakap tentang konflik remaja. Seperti nama rancangannyer, pastila ada sesi bersoal jawab. Tapi ada satu soalan dari penonton studio dan jawapan yang ustaz bagi memang membuatkan aku rasa macam kena penampar baik punyer. 

"Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring."(hadis riwayat Muslim).
Dalam hadith yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud;
"Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk."(hadis Riwayat Abi Daud).
Mungkin kita dah biasa dengar dua hadith nie, sama ada secara formal kat dalam kelas atau secara tidak formal. Pokoknya, kita pernah tau atau memang faham hadith ni.  Kalau tak jugak, tahniah, sekarang anda dah tau. 

MARAH

Selalunya la kan, kalau kita marah tu, terutamanya orang yang menulis nie, kalau boleh memang nak semua orang tahu tak pun orang yang buat aku marah tue tau yang aku memang marah. Sama ada dengan perbuatan fizikal ie, tampar orang tu, atau pun benda paling mudah, raut muka kita. Kalau marah tu, kadang-kadang satu hari muka masam mengalahkan mempelam muda. 

Ikut hadith?

Tapi kalau ikutkan hadith kat atas, duduk bukanlah semata-mata duduk. Namun, duduk dan beristighfar. Selepas beristighfar, gunakan iman kita untuk menimbang sama ada perbuatan kita itu perbuatan ahli syurga atau perbuatan ahli neraka? Pahala atau dosa? Halal atau haram? Seterusnya, kalau kita rasakan perbuatan itu in between, kita pergi ke langkah ketiga, imaginasi! Apakah kesan yang akan terjadi kalau kita terus marah? Apa manfaat dan apa pulak kesan negatif ia kepada kita, orang tu dan segala yang terlibat. Kalau perasan, aku menekan 'dan'. Sebabnya, kita kena mengambil kira semua tu. Bukan sekadar ambil yang kita suka dan tolak tepi perkara yang kita tak nak. 

Syurga atau neraka?

Tapi jujurnya, aku sangat terkesan dengan, "perbuatan ahli syurga atau ahli neraka?" Banyak benda yang aku buat tanpa mengira ia perbuatan ahli neraka atau ahli syurga. Banyak perkara yang aku tak terfikir pun. Banyak sangat perkataan, perbuatan dan pemikiran aku yang tak berlandaskan iman, tak menggunakan pahala atau dosa sebagai penyukat. Ya, memang pahala dan dosa tak boleh di kira, tapi ada situasi yang kita sendiri boleh fikir, pahala atau dosa, syurga atau neraka. Iaitu, sama ada ia suruhan atau larangan Allah. Dalam Tanyalah Ustaz tu, Ustaz simpulkan,

"Orang yang marah ini tidak mempunyai ketaqwaan dan kekuatan mengawal diri."

Mula-mula, susah untuk aku terima. Bukan sebab aku menentang pendapat tu, tapi aku sangat setuju dengan ustaz tu.  Susah untuk aku terima sebab itu adalah realiti diri aku. Hamba Allah yang tidak mempunyai ketaqwaan dan kekuatan mengawal diri. Susah? Sebab aku sedih dengan kekuatan diri aku sendiri. Sedih? Aku tak sanggup nak masuk neraka. Neraka? Tanpa taqwa, tanpa kekuatan mengawal nafsu, akan ada terselitnya dosa, dan setiap dosa itu akan mendapat balasannya di akhirat kelak.

Kenapa tidak mempunyai ketaqwaan dan kekuatan mengawal diri?

Mudah. Taqwa ialah takut untuk melakukan larangan Allah dan berhati-hati dalam setiap perkara. Kekuatan mengawal diri. Nafsu. Sebab untuk marah dan tidak marah, terletak kat tangan kita, sama ada untuk mengikut kata nafsu atau iman.

Penutup

Perkara ni bukan boleh diaplikasikan untuk marah jer, tapi banyak lagi. Tapi untuk kali ni, aku memang tengah marah. Marah dan sangat benci dengan seorang hamba Allah ni. Aku lupa yang realitinya, aku tak patut marah sebab manusia tu pun Allah yang jadikan medium untuk betulkan orientasi aku. Kenapa aku bersungguh-sungguh sangat untuk kawal marah aku sebelum ni? Kenapa sebelum ni aku boleh tahan marah aku, tapi kenapa tak kali ni? Aku banyak sedapkan hati dengan cakap, 'Banyak yang aku dah cuba tahan'  tapi sebenarnya aku lupa satu perkara yang penting. Semua tu dari Allah dan semuanya kena lakukan untuk Allah.

p/s: kalau korang pun ada mengalami benda ni, jom kita USAHA sama-sama!! ;)





sambung sambung

owh, skarang dah ada kat rumah. dah stat cuti tapi cerita tak bestnyer, lepas cuti jer, terus exam. ok, sanyer aku just nak smbung sket pasal post aku yg tergantung tue.

biler aku bacer balik post tue, rasa macam nak muntah pun ader, haha,, asal la poyo ayam sgt ayat aku. hoho... erm. paper pon , smbung balik, kan ker post lepas aku ckp pasal hadtih logam. aku terfikir nak tulis pasal hadith logam sbb aku prasan since aku join tarbiyah, org slalu bercakap tntang kehebatan orang lain sampai satu tahap aku sendiri pon musykil.

Saya hebat kerana saya ISLAM


"aku tingat la dgn si nama panggilan tue, dier dulu mmg pemikir yang hebat."

"budak tue sejarah dier mmg sangat hebat."

"nama panggilan mmg laju, aku salute dier habis la"

memang la kiter patutnyer mengambil teladan dgn kelebihan org lain dan cuba contohi atau aper2 yang sewaktu dgnnya. tapi, kadang-kadang kita terlupa diri kita sendiri. bukan la aku berniat untuk mengajak sumer manusia sejagat untuk berjalan di atas bumi Allah dengan bongkak dan berhidung tinggi. tapi janganlah sampai kita rasa ni sangat hampeh sampai boleh menjatuhkan motivasi diri sndiri. kadang-kadang kita kena jadi kuat dan percaya dengan kemampuan kita, dari situ kiter utilise dan develop kelebihan kita tue. ker canner?

lagi satu, [2:286] kita sepatutnyer percaya dengan kemampuan kita sebab Allah bagi setiap sesuatu  sesuai dengan kemampuan dia, jadi janganlah bersedih apabila kita tak mampu untuk melakukan apa yang sahabat kita lakukan. Janganlah down bila kita tak mampu menjadi sehebat Imam Hasan al Banna. Janganlah kita bersedih bila tak mampu menjadi sebijak Saidina Uthman. Namun, jadikan mereka sebagai figure untuk kita contohi dan pembakar semangat kita. Not the other way round. ;) kerana setiap dari kita mempunyai kelebihan kita sendiri yang Allah bagi.

to be continued insyaAllah.. kena buat kejer lain.