Untuk adik-adik *\(^_^)/*

Assalamualaikum adik-adik yang ana sayang insyaAllah kerana Allah,



Alhamdulilah, Allah menemukan kita walaupun untuk satu jangka masa yang pendek di salah satu taman JannahNya, tapi InsyaAllah ada ibrahnya yang Allah nak tunjukkan kat semua orang yang hadir. Jujurnya, sangat gembira jumpa adik-adik. Mungkin dulu, bila kakak-kakak berjumpa dengan antuna, kami hanya menceritakan tentang Allah, hebatnya Islam dan sayangnya Rasulullah pada kita tapi bila jumpa sekali lagi, kita dah berada dekat satu medan baru iaitu medan dakwah dan tarbiyah. Betul tak?

Melihatkan keadaan adik-adik yang mula penat ditengah-tengah arus dakwah dan tarbiyah ditambah dengan dead-lines dan exam yg semakin dekat. Akak rasa terpanggil untuk menulis entry ni. (haha,, promote blog la pulak..) InsyaAllah bila adik-adik penat, kami pun teringat balik rasa penat semasa kami berada di tempat antuna. Kami pun terasa penatnya. Tapi kalau semua penat, siapa yang nak bawak dakwah kita? Bersyukurlah sebab Allah bagi kita kerja. Bersyukurlah sebab antara banyak-banyak hamba Dia, Allah nampak kita untuk buat kerja. Bila fikir balik, banyak jer hamba Allah yang lain, betul tak? Kenapa kita? Akak pernah sampaikan kata-kata ni InsyaAllah kepada beberapa orang dari antuna,

"Allah memilih kita untuk memberikan kelebihan tapi bukan sebab kita mempunyai kelebihan."

Oleh itu, bila kita rasa penat, patut kita buat kuat lagi. (Ya Allah, beratnya untuk aku menulis kata-kata ni) Allah tengah bagi peluang dekat kita untuk rebut ruang di syurga. Bila fikir balik, bayangkan Allah tue macam cikgu la kan, antara banyak-banyak student, Dia pilih kita. Selalunya, cikgu akan pilih student untuk diberi tugasan kepada student yang dia rasa bertanggungjawab, amanah, dan baik di mata dia. betul tak? jadi, fikir-fikirkan lah. InsyaAllah.

Kita semua tengah buat kerja sama-sama

Skarang nie persoalannya, adakah kita dah bersedia untuk meninggalkan adik-adik kita untuk meneruskan dakwah dan tarbiyah di tempat kita? Kolej yang kononnya lubuk dakwah yang sering digah-gahkan di daurah daurah atau adakah ia akan berakhir kat tangan kita?

InsyaAllah, mungkin kita jauh, tp hati kita dekat sebab cita-cita kita sama. Ingatlah balik, masa awal-awal kita mengenal Allah, SERONOK kan?? Ingat lagi tak kali pertama kita duduk dalam bulatan kecil kita dan mencari ayat-ayat feveret dari al Quran? Ingat tak cerita sahabat pertama yang menyentuh hati antuna? Ingat tak kata-kata yang menyebabkan antuna masih lagi kuat di atas jalan ni? Ingat tak hadith pertama yang ditadabbur? Sebelum ni, kita tak peduli pun pasal hadith, yang kita ikut hanyalah sunnah makan guna tangan kanan, masuk tempat yang baik kena guna kaki kanan, sedangkan banyak jer hadith dan sunnah yang lain. Betul tak?

Sebab tue kita buat kerja dakwah ni sbb kita nak semua orang kenal Allah dan kekasihNya, Muhammad SAW. Nak semua orang rasa aper yang kita rasa. Sebab tue kita berdakwah. Takkan kita nak simpan Allah dan Islam untuk diri kita jer? Kita nak bagi semua orang rasa,, betul tak? Yang penting, bukan antuna jer buat kerja ni, tapi ramai lagi saudara-saudara kita yang sedang buat kerja yang sama di seluruh pelusuk dunia. InsyaAllah.

Wawasan kita - Ustaziyatul Alam
Mungkin diri akak pun banyak kekurangan dan banyak lagi perlu diorientasikan, tapi InsyaAllah, segala yang akak tulis datang dari hati akak diilhamkan dari Allah untuk antuna di bumi Kolej Makan Banyak. InsyaAllah hamba yang menulis ni masih banyak khilafnya.

InsyaAllah, setakat ni jer yang akak mampu menulis untuk adik-adik. Ukhuwah fillah ya ukhti.

6 erks..:

aunihannan said...

ainah...

chal said...

Jazakillah khair ainah :)
Moga Allah sampaikan roh itu buat mereka

keberkatan said...

:,) ainahhh

ana yang khilaf :) said...

kak ainahhh!! jzkk sister <3

ana yang khilaf :) said...

kak ainaaahhhhhhh, jzkk sis <3

Anonymous said...

ainah..stalk koo..ngeh3 :D