Assalamualaikum,
Wah, InsyaAllah insan yang sedang menulis berada dalam nafas baru selepas bertubi-tubi ditegur dan ditarik oleh Allah.
Bercakap tentang nafas baru, Alhamdulilah sangat Allah mengizinkan ana untuk menyambut kedatangan akhawat dari KL, MCB, dan Perlis ke tanah JB ni. Walaupun zahirnya, kebanyakkan mereka mungkinlah adik-adik dari MCB, tapi bak kata seorang akhwat, mereka datang bukanlah sebagai adik tetapi sebagai akhawat. Walaupun ini jaulah mereka, banyak betul yang kami (warga KBU) belajar dari jaulah ni. Sebagai insan yang baru bertatih dengan waqi' baru ni, ana memang merasakan betapa lembap dan lembiknya pergerakan dnt ana di sini. Tatkala rakan seperjuangan ana sedang berlari kencang, ana masih lagi terpinga-pinga dengan pegangan dan prinsip ana.
Sepanjang jaulah ni, ana asyik tertanya-tanya, adakah ana mampu untuk memikul beban dnt? Adakah ana mampu memperoleh ruang di mahligai Allah di akhirat kelak? Sepanjang berada di jalan ni, walaupun masih banyak kekurangan ana, tapi banyak jugak yang ana peroleh di jalan ni. Tapi bak kata naqibah ana, "takut-takut, banyak isi dalam diri kita, kalau tak dialirkan, ia akan menjadi statik". Air yang statik, macam air kat longkang yang tersumbat, banyak jer air yang ditakung, tapi tak dialirkan. Pastu mula lah bau busuk. Macam diri kita, takut-takut, banyak ilmu di dada, ia bukan lagi untuk membantu agama Allah tetapi mula muncul perasaan riak, budget bagus dan segala adjektif yang sinonim untuk perasaan tak sedar diri. Mulalah hati kita dititip dengan dakwat hitam. Nauzubillah.
Sebuah TEKO tak akan mengeluarkan apa yang bukan menjadi isinya.
Bila hati dah gelap, dah penuh dakwat hitam, tak der aper yang dapat kita sampaikan kepada mad'u kita selain ilmu semata-mata dan tak der rohnya.
Bila difikirkan balik dan bertambah tolak dengan keadaan ana ni, ana rasa macam ana pulak insan yang dicakapkan ni. Ana merasakan, "lebih baik aku duduk diam-diam kat umah, banyakkan ibadah. Dah tu, kalau pergi program, nanti banyak pulak pengisian. Dah la skarang ni tak der adik-adik usrah. Kat siapa la aku nak muntahkan segala yang aku dapat ni? Syaitan pulak takkan pernah duduk diam. Aku pun bukanlah kuat sangat, kalau sekali syaitan jentik mungkin boleh bg flying kick satu. Tapi kalau selalu sangat dibisikkan, ada can aku ikut jugak langkah syaitan durjana ni. so canner nie?? nak duduk umah ker nak teruskan??"
Ana jadik sangat risau dengan dnt ana sendiri. Adakah cukup layak untuk aku memikul beban dakwah nie?? Lalu Allah menjawab dengan ayat Yasin, 36:1-6 - ini berlaku semalam. Pelik tak? kita bacer surah ni mungkin dari seawal darjah 6 (since kita nak UPSR, ada la kat skola buat Yasin setiap minggu) tapi kita tak pernah perasaan ayat ni - ok, at least untuk ana.
Yaa, Siin. [2] Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, [3] Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, [4] Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam). [5] Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, [6] Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
Kat sini macam Allah nak cakap, "Ainah, ko ni dah ada kat jalan yang lurus dah. Kerja ko skarang, tu,, pergi bagi peringatan sebab memang ada antara kaummu tue, yang lalai sebab tak diberikan peringatan." dan Allah memang acknowledge yang memang ada diantara hambanya yang lalai dan perlu dikejutkan. Dan untuk ana plak, jangan ragu!! Ko ni, tsabatlah di jalan yang lurus ni dan teruskan la kerjamu.
InsyaAllah sampai sini je la kot, ana ni sedang mengejar masa ni.. huhu.. so kalau ada typo ker, ana tak sempat nak check balik.. woot woot.. so insyaAllah,
Wahai hati, tsabat la dijalan Allah. Mungkin dalam dirimu masih ada lagi karat-karat jahiliah dan masih banyak ruang untuk diperbaiki. Tetapi demi Tuhanmu, percayalah, janji Allah itu pasti.